Sunday, March 29, 2009

Sambal ikan sardin

Sambal ikan sardin

Bahan-bahan
1 tin ikan sardin (cap ayam ke atau cap tomato pun boleh but i prefer cap ayam)
2 biji bawang besar (dihiris halus)
3 sudu cili kisar/giling
4 sudu air asam jawa
Garam secukup rasa
2 sudu minyak masak

Cara membuat

Tumis bawang besar seketika. Kemudian masukan cili dan biarkan sampai naik minyak. Selepas tu masukkan air asam jawa dan masukkan ikan sardin. Jangan lupe taruh garam. Biarkan seketika.

Boleh di makan ngan nasi. Kalu tak nak makan nasi boleh jugak di makan ngan roti.


B) Resepi ni my mother selalu buat masa demam atau sakit kerongkong. Tak de selera nak makan. Jadi rase resipi ni yang masam-masam boleh menaikkan selera makan. Memories always in my mind.

Ikan Masak Pindang

Bahan-bahan

Ikan kembong (ape-ape ikan pun boleh buat)
2 ulas bawang merah (dihiris)
1 ulas bawang putih (dihiris)
1 cm halia (dihiris)
kunyit serbut (bagi nampak warna sikit)
garam secukup rasa
2 keping asam keping
3 cawan air


Cara-cara membuatnye

Masukkan kesemua bahan-bahan dalam periuk. Biarkan ia menggelegak sebentar. Selepas tu baru di masukkan ikan. Biarkan seketika. Sudah siap.

oleh nlaylaaziz

No comments:

Post a Comment