Bahan-bahan ( untuk begedil 30biji saiz comel )
3 biji kentang saiz sederhana -rebus dan lenyek
5-6 ekor ikan kembung saiz kecil -nak letak ikan lebih lagi bagus...- rebus, ambil isinya dan lenyek
3 ulas bawang kecil -dihiris nipis
1 tangkai cili merah- cincang
2 tangkai daun bawang
2 tangkai daun sup
1/4 sudu lada hitam
garam secukup rasa
1/2 sudu serbuk pati ikan bilis (optional)
sebiji telur
minyak untuk menggoreng
Cara-cara
1. Gaulkan semua bahan di atas kecuali telur
2. ambil sedikt adunan, kepal2kan membentuk bulat kemudian leperkan sedikit, ulang hingga selesai.
3. panaskan minyak, pukul telur hingga sebati
4. celup begedil ke dalam telur dan goreng(deep fry) hingga kekuningan.
5. sedia untuk dinikmati bersama nasi dan lauk pauk yang lain....
6. kalau tak ada ikan kembung ,guna ikan tenggiri pun boleh, bagi perantau2 yang susah nak jumpa ikan kembung guna sahaja ikan sardin dlm tin....kesedapannya tetap terserlah!!!!
Selamat mencuba......
Sunday, March 29, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment