Monday, March 30, 2009

Tempe bumbu kremes

Tempe bumbu kremes

Bahan-bahan:
500 gr tempe, potong-potong
500 ml santan encer
2 lbr daun salam
2 btg serai, memarkan
minyak goreng

Bumbu halus
8 siung bawang putih
4 btr bawang merah
4 btr kemiri
2 sdt ketumbar halus
1 sdt garam

Bahan kremes
350 ml air rebusan tempe
3 sdm tepung beras

Cara membuat:
1. Rebus tempe bersama santan, bumbu halus, daun salam, serai dan garam, masak sampai meresap. Angkat tempe, tiriskan.
2. Ambil air santan 350 ml, tambahkan tepung beras, aduk rata.
3. Celupkan tempe ke dalam campuran tepung, goreng dalam minyak panas hingga kecokelatan, angkat.
4. Goreng sisa adonan tepung, tuang sedikit demi sedikit sambil diaduk-aduk, goreng hingga kecokelatan, angkat, tiriskan.
5. Sajikan tempe dengan ditaburi kremes

Bubur Manado

Bubur Manado

Bahan :
* 500 gr. beras, cuci dan tiriskan
* Air secukupnya
* 4 sdt garam
* 2 buah jagung, sisir dari tongkolnya
* 100 gr. daun melinjo muda
* 100 gr. daun bayam, cuci bersih
* 100 gr. daun kangkung, cuci bersih
* 200 gr. ubi jalar, potong
* 300 gr. labu kuning, potong
* 2 ikat kacang panjang, petik 2 cm
* 50 gr. daun kemangi
* garam menurut selera

Cara membuat:
* Masukkan air 3-5 cm di permukaan beras yang telah dicuci bersih. Rebus hingga setengah menatang.
* Masukkan potongan labu kuning, jagung dan ubi jalar.
* Rebus kembali sampai matang.
* Kemudian masukkan satu persatu sayuran ke dalam bubur. Masak terus sampai seluruhya matang dan bubur cukup kental.
* Angkat dan siap dihidangkan.

Catatan: Biasa dihidangkan dengan ikan bakar, ikan asin goreng dan dabu-dabu lilang.

Sayur asem Palembang

Sayur asem Palembang

Bahan :
750 gr udang besar
4 buah cabai merah
150 gr nanas
75 gr kacang panjang
100 gr mentimun
10 gr tomat ceri
2 batang daun bawang
1250 ml air
2 batang serai, memarkan
2 sdm air asam jawa
20 lembar daun kemangi (jika suka)

Bumbu Halus :
2 cm lengkuas
3 cm jahe
8 buah bawang merah
2 siung bawang putih
3 cm kunyit bakar
½ sdt garam
1 sdt gula pasir
1 sdt terasi

Cara membuat :
1. Bersihkan udang, buang bagian kepalanya. Cuci bersih, tiriskan.
2. Cabai dibelah dua memanjang, buang bijunya. Nanas dipotong-potong segitiga (sesuai selera) dan kacang panjang 4 cm. Mentimun dibelah dua dan dipotong menjadi 8 bagian. Tomat ceri dibelah 2 dan daun bawang di potong 2 cm, sisihkan.
3. Didihkan air, masukkan bumbu halus dan serai. Masak hingga aroma bumbu mentah hilang, masukkan cabai, nanas, kacang panjang, mentimun, tomat dan daun bawang.
4. Masak sebentar hingga sayuran layu, masukkan udang. Setelah seluruh bahan cukup matang, masukkan air asam. Angkat dan masukkan daun kemangi. Sajikan

Tekwan

Tekwan

Bahan:
Kaldu:
1 1/2 liter air untuk merebus
250 gr udang segar, kupas kulit dan kepalanya, cuci bersih, cincang halus
3 sdt kaldu dadu bubuk
2 sdm ebi, cincang kasar

Tekwan:
250 gr daging ikan tenggiri
50 ml putih telur ayam
125 ml air
1 sdt merica buuk
2 sdt garam
250 gr tepung kanji
1 L air untuk merebus
3 sdm minyak untuk menumis
6 siung bawang putih, haluskan
25 gr jamur kuping, rendam air panas hingga lunak, tiriskan, iris kasar
50 gr bunga sedap malam, rendam air panas, tiriskan, dan simpulkan
150 gr bengkuang, kupas, iris bentuk korek api
2 batang daun bawang, ambil bagian yang putih, iris halus

Taburan:
2 sdm bawang putih goreng
2 batang seledri, iris kasar

Pelengkap:
sambal cabai rawit merah

Cara Membuat:

1. Kaldu: Didihkan air, rebus kulit udang dan kepala udang, kaldu bubuk serta ebi cincang hingga mendidih. Angkat, saring kaldunya, sisihkan
2. Tekwan: Keruk daging ikan dengan sendok dan giling hingga halus. Campur ikan bersama udang cincang, putih telur, air, merica dan garam, aduk rata
3. Tambahkan kanji, aduk kembali hingga rata. Uleni adonan hingga licin dan kalis. Sisihkan
4. Didihkan air dalam panci. Bentuk tekwan agak memanjang dengan bantuan 2 sendok teh. Masukkan ke dalam air mendidih. Masak hingga terapung. Lakukan hingga adonan habis. Angkat, tiriskan
5. Saring air perebus tekwan, didihkan kembali bersama kaldu udang hingga menjadi 1 1/2 liter. Sisihkan
6. Panaskan minyak, tumis bawang putih hingga harum dan layu. Tuangkan ke dalam kaldu mendidih. Masukkan tekwan, jamur kuping, bunga sedap malam dan bengkuang. Didihkan sekali lagi. Taburi daun bawang, angkat
7. Taburi bawang putih goreng dan irisan daun seledri
8. Sajikan hangat dengan sambal cabai rawit merah
__________________

air asam

cara-cara membuat air asam


Bahan-bahan ( berapa2 orang pun boleh )

* Bahan tumbuk:
* 2 - 3 biji cili merah
* 3/4 biji bawang merah
* 2 sudu teh belacan
*
* Bahan hiris:
* 1 biji bawang merah
* 1 biji cili merah
* 1 biji tomato
*
* air asam jawa secukupnya
* garam secukup rasa
* jus limau

Cara-cara

1. Tumbuk semua bahan tumbuk sehingga sebati (cili merah tak perlu halus sgt). Buat macam sambal belacan. Setelah siap, pindahkan ke dalam sebiji mangkuk.

2. Masukkan garam secukup nya. Tak perlu byk sgt kerana belacan dah masin.

3. Hiriskan semua bahan hiris.

4. Masukkan air asam jawa ke dalam sambal yg ditumbuk tadi, agak2 jgn terlalu masam.

5. Akhir sekali, masukkan semua bahan hiris ke dalam air asam. Tambahkan perahan limau secukupnya.

sambal air asam jawa

Cili Padi 10 batang (nak lagi pedas tambah lagi)
Belachan (Kasi Bakar... lebih kan sikit kalau nak lebih aroma udang... tapi kalu ada resdung kurangkan)
Air asam jawa (buat pekat-pekat)
gula pasir secukup rasa
garam secukup rasa.

Caranya
Blend kan air asam, cili padi, belachan bakar...
tambah gula dan garam sesedap u all..

Kerabu Sotong Thai Style

Kerabu Sotong Thai Style

Bahan-bahan ( 2-4 people )

* satu mangkok Sotong
* 2 biji limau nipis
* Daun ketumbar
* 1-2 bawang besar
* 3 sudu besar fish sauce
* 1 sudu besar gula
* 1 sudu kecil garam (ikut rasa)
* 5-10 Cili padi (ikut rasa)
* NB: bole juga taruk tauge & tomato, n seafood cocktail..

Cara-cara

1. Bersihkan sotong.

2. potong bulat2, masukkan kedalam bowl. then tarukkan boiling water dlm bowl. rendam selama 5min..so sotong tu masih lembut. separuh masak

3. Potong cili, daun ketumbar(segenggam), bawang besar.

4. campur semua bahan..dan rasa.. and ENJOY!!

5. NB: after step 2: jangan lupa sejat sotong..buang air...

Kerabu Sotong Asam Jawa

Kerabu Sotong Asam Jawa

Bahan-bahan:

¼ cawan air asam jiwa pekat
3 camca sedang sos ikan
3 camca sedang air limau nipis
1 camca besar gula
Sedikit garam
3 ulas bawang putih (dicincang)
4 biji cili merah (ditumbuk)
500 gm sotong (direbus & dikelar-kelar)
1 biji bawang besar (dihiris)
6 biji cili padi (dihiris)
3 batang serai (dihiris)
¼ cawan daun pudina
¼ cawan daun ketumbar
½ cawan kacang (ditumbuk)

Cara-cara:

Bancuh air asam jawa, sos ikan, air limau nipis, gula, garam, bawang putih dan cili. Tumbuk hingga sebati. Masukkan bahan-bahan lain hinggan sebati sebelum dihidangkan.

resepi kerabu terung bakar

resepi kerabu terung bakar

Bahan-bahan:

terung panjang di bakar dahulu dan di potong dadu
santan separuh pekat dlm secawan
lada hitam yg telah di goreng tanpa minyakk dan di tumbuk halus..
udang kering yg telah di rendam dan di tos kan
cili merah sebiji dihiris
dan bawang merah dua biji yg telah di hiris
garam

cara-cara:

campur kan kesemua bahan tadi dlm satu bekas
dan curah kan sedikit santan ke dlm ramuan tadi..jgn berkuah sgt...
pastu perisa kan dengan garam

kerabu pucuk paku dan taugeh

kerabu pucuk paku dan taugeh

bahan-bahan:

pucuk paku seikat utk sorang mkn(telah di celur)
taugeh(yg telah di celur)
kerisik dua sudu..(bukan yg lumat..)
cili padi 5biji
cili masak dua biji
bawang putih dua biji..
udang kering yg telah di goreng
kerang setengah kilo yg telah di rebus
garam dan gula sebagai perasa
serai sebatang

cara-cara:

-rebus pucuk paku dan tos kan

-tutup api air..dan masuk kan taugeh..seminit je dah leh angkat jgn lame2..

-tumbuk cili padi dan cili masak bersame bawang merah dan bawang putih, garam,serai dan gula skit tadi

-kemudian tumbuh separuh hancur udang kering tadi

-sedian kan bekas..masuk kan pucuk paku,taugeh,cili yg di tumbuk tadi,masuk kan kerang yg telah direbus,kerisik tadi dan gaul kan sampai rata

selamat mencuba

Mi Bandung

Mi Bandung


bahan - bahan

•500 gm mi kuning (dicelur)
•300 gm daging
dipotong



•300 gm daging ayam
•200 gm tauge
•2 sudu besar cili kisar
•3 ulas bawang putih[IMG]file:///C:/DOCUME%7E1/shiroo/LOCALS%7E1/Temp/msohtml1/01/clip_image003.gif[/IMG]
•5 ulas bawang merah
•1 mangkuk stok ayam
•4 sudu besar sos tomato
•4 sudu besar kacang tanah (ditumbuk halus)
•2 sudu besar sos cili
•1 sudu besar sos tiram
•1 buji limau kasturi
•1 biji telur
•sedikit sawi, cili merah, daun sup dan daun bawang ( dihiris)
•garam dan minyak masak
cara membuatnya
1.panaskan minyak masak dalam periuk. tumiskan bawang putih, bawang merah dan cili kisar hingga garing.
2.masukkan sos tomato, sos cili, sos tiram dan garam. biarkan merenih perlahan - lahan
3.seterusnya masukkan kacang tanah, udang, ayam, sawi, telur dan masak selama 2 minit

Kerabu Jantung Pisang

Kerabu Jantung Pisang

bahan-bahan
•300 gm jantung pisang - dibuang kelopak luar yang keras
•1 sudu besar kerisik
•3 biji cili merah - dihiris
•2 sudu kecil air limau nipis
•garam & gula pasir
bahan dikisar :
•3 sudu besra udang kering
•3 ulas bawang merah
cara membuatnya
1.jantung pisang direbus hingga agak lembut dan dihiris halus.
2.masukkan jantung pisang dalam sebuah bekas. bubuhkan bahan - bahan yang lain. gaulkan hingga rata

Kerabu Ikan Panggang

Kerabu Ikan Panggang - hiroo182

--------------------------------------------------------------------------------
bahan - bahan
•6 ekor ikan kembung - dipanggang
•2 biji mangga muda - dicincang
•1 batang bunga kantan
•3 biji limau nipis
•2 helai daun pudina - untuk hiasan
•2 sudu kecil kicap cair
•sedikit kacang tanah - digoreng & ditumbuk
•garam dan gula pasir
bahan dihiris :
•1 batang bunga kantan
•3 batang serai
•2 biji cili merah
•5 biji cili hijau
•2 biji tomato
cara membuatnya
1.gaulkan isi ikan dengan bahan - bahan yang telah dihiris.
2.campurkan kicap, gula pasir dan garam.
3.perahkan air asam limau nipis dan taburkan kacang goreng di atasnya. hiaskan dengan daun pudina

Sekian~~ slamat Mencuba~~

Sunday, March 29, 2009

list of perfume

1. brit by burberry

2. envy me by gucci

3. beutiful by estee lauder

4. Green tea by Elizabeth Arden

5. Very Irresistible Sensual by Givency

6. 212 floral with flair by Carolina Herrera

7. L'Eau d'Issey by Issey Miyake

8. Clinique Happy heart

9. Neroli Jasmin Eau de Toilette by Body Shop

10. Sunflower Eau de toilette by body shop

11. Diamonds by Emporio Armani

12. Euphoria by Calvin Klein

Sambal ikan sardin

Sambal ikan sardin

Bahan-bahan
1 tin ikan sardin (cap ayam ke atau cap tomato pun boleh but i prefer cap ayam)
2 biji bawang besar (dihiris halus)
3 sudu cili kisar/giling
4 sudu air asam jawa
Garam secukup rasa
2 sudu minyak masak

Cara membuat

Tumis bawang besar seketika. Kemudian masukan cili dan biarkan sampai naik minyak. Selepas tu masukkan air asam jawa dan masukkan ikan sardin. Jangan lupe taruh garam. Biarkan seketika.

Boleh di makan ngan nasi. Kalu tak nak makan nasi boleh jugak di makan ngan roti.


B) Resepi ni my mother selalu buat masa demam atau sakit kerongkong. Tak de selera nak makan. Jadi rase resipi ni yang masam-masam boleh menaikkan selera makan. Memories always in my mind.

Ikan Masak Pindang

Bahan-bahan

Ikan kembong (ape-ape ikan pun boleh buat)
2 ulas bawang merah (dihiris)
1 ulas bawang putih (dihiris)
1 cm halia (dihiris)
kunyit serbut (bagi nampak warna sikit)
garam secukup rasa
2 keping asam keping
3 cawan air


Cara-cara membuatnye

Masukkan kesemua bahan-bahan dalam periuk. Biarkan ia menggelegak sebentar. Selepas tu baru di masukkan ikan. Biarkan seketika. Sudah siap.

oleh nlaylaaziz

Bergedil Ikan Kembung

Bahan-bahan ( untuk begedil 30biji saiz comel )

3 biji kentang saiz sederhana -rebus dan lenyek

5-6 ekor ikan kembung saiz kecil -nak letak ikan lebih lagi bagus...- rebus, ambil isinya dan lenyek

3 ulas bawang kecil -dihiris nipis

1 tangkai cili merah- cincang

2 tangkai daun bawang

2 tangkai daun sup

1/4 sudu lada hitam

garam secukup rasa

1/2 sudu serbuk pati ikan bilis (optional)

sebiji telur

minyak untuk menggoreng



Cara-cara

1. Gaulkan semua bahan di atas kecuali telur

2. ambil sedikt adunan, kepal2kan membentuk bulat kemudian leperkan sedikit, ulang hingga selesai.

3. panaskan minyak, pukul telur hingga sebati

4. celup begedil ke dalam telur dan goreng(deep fry) hingga kekuningan.

5. sedia untuk dinikmati bersama nasi dan lauk pauk yang lain....

6. kalau tak ada ikan kembung ,guna ikan tenggiri pun boleh, bagi perantau2 yang susah nak jumpa ikan kembung guna sahaja ikan sardin dlm tin....kesedapannya tetap terserlah!!!!

Selamat mencuba......

Ikan Singgang

Ikan Singgang

Bahan-bahan
4 potong ikan tongkol atau kembong
3 biji bawang putih (dihiris)
Sedikit lengkuas (diketuk)
Garam
2 biji cili hijau besar
4 biji bendi
Sedikit asam keping

Cara
1. Masukkan bawang putih, lengkuas dan asam keping dalam periuk bersama sedikit air sebagai kuah.
2. Apabila kuah mendidih, masukkan ikan, cili hijau dan bendi.
3. Masukkan garam secukup rasa.

credit to mendoza

IKAN SEMILANG MASAK ASAM TUMIS MELAKA

IKAN SEMILANG MASAK ASAM TUMIS MELAKA


BAHAN-BAHANNYA:

1/2 kilo ikan sembilang sungai
30 tangkai lada kering }
5 ulas bawang merah } dimesin
4 ulas bawang putih } halus
Sedikit halia }
Sedikit air asam jawa
Belacan jika suka
10 tangkai kacang bendi
Sedikit daun limau purut

CARA MEMBUATNYA:

Ikan dibersihkan dan dipotong dua.
Bahan-bahan yang dimesin, ditumis hingga garing. Kemudian masukkan air asam jawa.
Masukkan ikan sembilang dan kcang bendi serta daun limau purut. Tambah garam untuk menyedapkan rasa. Angkat setelah masak.

credit to wiggle

Ikan Cencaru Goreng Bercili

Ikan Cencaru Goreng Bercili

Bahan-Bahannya:
4 ekor ikan cencaru yang sederhana besar (dalam 8 inci panjang X 3 inci lebar tengah-biarkan dgn kulit sekali)
belah belakang dari hujung kepala ke ekor - jangan
putus, buang insang dan perut - cuci bersih dan tos.
Gaulkan dan perap 15 minit dengan :
1 sudu besar serbuk kunyit
1/2 sudu besar garam

Kisar bersama hingga halus:
35 tangkai cili kering - potong dan rebus
2 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
1 cawan air

Bahan lain :
1 labu bawang besar - dihiris bulat kasar
1 sd besar garam
1/2 sd teh serbuk perasa
3 sd besar gula
2 sd besar asam jawa dibancuh dengan 2/3 cawan air
dari baki2 kisaran cili dalam blender
2 cawan minyak

Cara-caranya:
Goreng ikan dengan minyak hingga garing. Angkat dan tinggalkan 1 cawan minyak lalu tumis bahan kisar bersama garam - petua cepat garing, hingga garing dan naik minyak (kira kalu dah jadi cam tahi minyak tu dah garingla). Masukkan air asam jawa dan kacau lagi hingga garing, masukkan gula, serbuk perasa (bahan2 perasa ni actually secukup rasa anda-tapi better ada rasa2 manis2 masam sikit).

Masukkan bawang dan kacau sekejap hingga gegelang bercerai - api jgn besar sangat nanti cepat hangus pasal ramuan ni tade air added.
Masukkan ikan dan kacau rata dan ratakan ramuan juga dalam bahagian dalam belakangnya.
Angkat dan hidangkan.

Boleh makan dengan nasi, bubur lambuk, nasi lemak dan roti canai.
Ikan cencaru boleh digantikan dengan ikan kembung, ikan selar atau cutlets - ikan tenggiri atau parang dan sebagainya.

credit to wiggle

Ikan Kembung Sumbat Istimewa

Ikan Kembung Sumbat Istimewa

Bahan-bahan :
8 ekor ikan kembung sederhana besarnya
12 sudu makan cili kisar
sedikit belacan
dua sudu makan air asam jawa pekat
gula secukupnya
garam dan perasa secukupnya
minyak untuk menggoreng


Cara-cara :
Bersihkan ikan dan belah tepinya.
Kesemua bahan-bahan diatas digaul hingga sebati. Rasanya mestilah manis.
Panaskan minyak. Masukkan dua sudu makan cili yang digaul tadi kedalam ikan.
Goreng hingga garing. Setelah habis menggoreng, cili yang lebih ditumis hingga garing.
Selepas itu tuangkan keatas ikan tadi. Enak jika dimakan panas-panas bersama nasi.

ihsan wiggle

Ikan Kerapu Tiga Rasa Ihsan Wiggle MK-portal

Ikan Kerapu Tiga Rasa

Bahan-Bahan :
1 ekor Ikan Kerapu
cili padi - di hiris kasar
1 biji bawang besar - dipotong bulat
3 biji bawang kecil - dirajang
2 ulas bawang utih - dirajang
sedikit oyster sauce, fish sauce
sedikit minyak bijan
1 senduk kecil lemon paste
sedikit daun ketumbar atau daun pudina
sedikit tepung jagung
air dan garam secukupnya

Cara-cara :
Ikan dibersihkan, kemudian dilumurkan dengan garam dan digoreng setengah garing dan diangkat.
Tumis bawang putih, bawang kecil, cili padi dan bawang besar hingga layu dengan minyak bekas ikan tadi dan sedikit minyak bijan. Setelah layu, masukkan sedikit fish sauce, oyster sauce dan lemon paste, dikacau rata dan masukkan sedikit air (jika ingin lebih berkuah, lebihkan air).
Setelah mendidih, tuangkan campuran tepung jagung dan air dan di kacau hingga pekat.
Masukkan daun ketumbar atau daun pudina dan segera diangkat. Tuangkan kuah keatas ikan yang telah digoreng tadi dan hidangkan ketika panas.

Ikan Bawal Masam Manis

Ikan Bawal Masam Manis

Bahan-Bahan:
1 ekor ikan bawal
1 sudu besar tepung jagung
1 biji putih telur
1 biji bawang besar ] dipotong dadu
2 biji cili merah ]
3 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos plum 2 sudu besar sos cili
50 ml air
1 sudu kecil air limau nipis
Minyak masak
Garam dan gula

Cara:

Ikan dibuang sisik dan perutnya dibersihkan. Lap ikan hingga kering. Gaulkan ikan dengan tepung jagung dan putih telur. Perapkan selama 15 minit.

Gorengkan ikan hingga kekuningan. Angkat dan letakkan dalam pinggan. Tinggalkan sedikit minyak dalam kuali dan tumiskan bawang besar.

Masukkan semua sos, air limau nipis dan air. Kacau hingga mendidih. Setelah cukup pekat, bubuhkan cili merah, garam dan gula. Angkat dan tuangkan atas ikan hingga rata.

Cencaru Bakar Masam Manis

Cencaru Bakar Masam Manis

Bahan-Bahan:

2 ekor ikan cencaru sederhana besar
2 sudu besar asam jawa (termasuk biji)
2 sudu besar gula
1 sudu besar cili kisar lumat
Sedikit garam dan serbuk perasa Kertas pemabalut Aluminium
Alat pemanggang ikan

Cara:
Cencaru dibelah belakang dan dibersihkan
Gaulkan semua bahan asam jawa, gula, cili kisar, garam dan sebuk perasa hingga sebati.

Masukkan bahan yang digaul tadi ke dalam ikan sebelah belakang. Balut ikan dengan pembalut aluminium supaya bahan tidak keluar semasa memanggang.

Panggang ikan cencaru hingga masak (kira-kira 30 minit)

Rendang Pedas Ikan Tongkol

Rendang Pedas Ikan Tongkol

Bahan-bahan

1 ekor ikan tongkol yang sederhana besarnye (di bersihkan dan dipotong mengikut kesukaan masing-masing)

Dihiris halus/blender
6 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
½ inci halia
2 batang serai

4 sudu besar cili kering kisar
1 biji santan (diperah dan di ambil ngan santan yang pekat sahaja)
3 sudu besar air asam jawa
1 helai daun kunyit (di hiris halus)
2 sudu kerisik
garam secukup rasa


Cara-cara membuatnya

Di dalam kuali yang besar masukkan semua bahan-bahan hirisan/blender, ikan, cili kering kisar, dan santan, Biarkan seketika. Selepas itu masukkan air asam jawa, kerisik, daun kuyit dan garam secukup rasa. Masak ngan api yang sederhana. dan biarkan sehingga ia separa kering. Tapi jangan sampai ikan itu hancur. Boleh dihidang ngan nasi panas.

Siakap Sos Tiram

Siakap Sos Tiram

Bahan-bahannya:
1 ekor ikan siakap yang sedang
3 ulas bawang merah- dikisar
½ sudu besar bawang putih
2 sudu besar sos tiram
1 biji limau nipis
1 sudu kecil lada sula
1 biji telur seri murni
½ cawan tepung sagu
garam secukup rasa
Daun salad sebagai hiasan

Sosnya:
2 batang lada merah- dikisar halus
½ sudu kecil bawang putih
5 sudu besar sos tomato
5 sudu besar sos cili
3 sudu besar air limau kasturi
1 sudu besar gula pasir


Cara-caranya:
Ikan siakap dibersihkan, dibelah seperti "fillet". Kemudian isi ikan, dipotong anggaran 1 ½ cm. Kepala ikan dan tulangnya jangan dibuang, ambil sedikit tepung sagu, gaul kepala dan tulangnya hingga rata, goreng hingga garing.
Gaulkan bawang merah, bawang putih yang telah dikisar, sos tiram, air limau nipis, lada sula dan garam hingga rata, masukkan isi ikan dan kacau hingga rata.
Kemudian isi ikan dcelupkan ke dalam telur yang telah dipukul, masukkan tepung sagu, gaul hingga rata. Kemudian digoreng hingga garing.

Hiaskan isi ikan di atas tulang ikan tadi, hiaskan dengan daun salad.
Satukan bahan-bahan sos, kacau rata dan masak sebentar. Hidangkan dengan ikan di atas.

Siakap Steam

Siakap Steam

Bahan-Bahannya :
1 ekor ikan siakap dibuang sisik dan isi perut.
pepper
0.5" halia dipotong halus
1 biji Bawang besar potong bulat
6 ulas bawang putih
3 sudu besar kicap cair
Daun bawang dipotong panjang sikit
garam
6 / 7 sudu besar air ( for kuah) unless nak berkuah, bubuh lebih sikit dan kicap lebih sikit
4/5 Asam makan bulat yang dipekat , selalu dijual dekat tempat titsbit.
kalau tak nak pun takapa. Ganti asam jawa sikit aje. Anyway Nanti balik rumah cari nama packet tu.
Cara-Caranya :
Periuk kukus siapkan masak air. Bubuh ikan yang dilumur garam dan pepper dalam pinggan besar . Tuang kicap cair dan air. Letak halia atas ikan. Tabur bawang besar. letak asam kelilikng ikan. Tabur daun bawang. Sementara tu tuang 2/3 sudu minyak dalam kuali dan goreng bawang putih kemudian tuang bawang putih bersama dengan minyak yang panas tu atas ikan. Kemudian bubuh dalam periuk kukus & tutup. Kalau air tak masak lagi selalunya saya biar 45 min plus ikan habis masak.so around 30 min if air dah mendidih.

Kari Ikan Masin

Kari Ikan Masin

Bahan-bahan
300 gm ikan asin - dikerat 3 sm tebal.
400 gm terung bulat (warna ungu).
¼ sudu teh halba
2 tangkai daun kari
1 bungkus rempah kari ikan
2 sudu teh asam jawa, garam & gula secukup rasa
½ sudu teh jintan putih
sedikit serbuk kunyit
Dikisar hingga halus
30 tangkai lada kering
10 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 sudu besar kelapa parut
Bahan-bahan untuk ditumis
1 tangkai daun kari
1 biji bawang besar
¼ sudu teh biji sawi
2 sudu besar minyak
Cara membuatnya
Campurkan bahan-bahan berikut dalam sebuah periuk: ikan asin, terung, halba, daun kari, jintan putih, serbuk kunyit, rempah kisar, air asam jawa dan garam. Tutup dan biarkan mendidih. Setelah airnya mendidih, dikacau dan kecilkan apinya. Direnih sehingga terungnya empuk, masukkan bahan tumis, ditutup anggaran 1 minit supaya rasa rempahnya menyerap.

Ikan Bilis Goreng Special

Ikan Bilis Goreng Special

Bahan-Bahan:
Ikan bilis (200 gram)
Bawang putih (3 Ulas)
Bawang merah (3 Ulas)
Halia (1 inci)


Cili Api (5 - 10 Ulas)
Serai (1 batang)
Minyak untuk mengoreng


Cara:
1. Tumbuk Ikan bilis bersama bahan-
bahan no 2-5.

2. Panaskan minyak dan masukkan serai
(tumbuk sedikit). Masukkan ikan
bilis dan bahan-bahan yang
ditumbuk.Goreng dengan api sederhana
hingga ikan bilis garing.

Cadangan Hidangan:
Boleh dimakan dengan Nasi atau Roti.

Boleh tahan lama atau buat bekal sekiranya nak pergi mekah atau oversea.

Tambahan:
Kalau suka boleh tambah kacang goreng.

Ikan keli bakar

ikan keli terbakar

bahan2
-ikan keli (ikan lain pon boleh)
-serbuk sup (aku pakai adabi)
-santan(segera pon boleh)
-limau nipis 3 biji
-serai (utk percik je)
-gula
-garam

Cara2
perap ikan keli tadi bersama serbuk sup,gula,garam dan perahan limau secukup rasa kalau nak manis letak gula banyak sikit.pastikan ikan keli tidak bergerak ketika proses pemerapan..gaulkan guna tangan atau kaki jika perlu sehingga sekata..perap la dalam 30 minit dah ok dah..

penyedian santan percik
santan tadi campurkan dengan sedikit serbuk sup gula n garam secukup rasa..kalau tak rasa sila berjumpa doktor untuk pemeriksaan lidah...

cara2 membakar
letak ikan keli tadi atas pemanggang...ape2 je lah...pastu bakar la...sambil percik ngan santan tadi sampai masak...kalau ikan dia jadi hitam elok dicampak kedalam arang untuk diguna semula ye

selamat mencuba.....

Patin Kukus Gulai Tempoyak

Patin Kukus Gulai Tempoyak

Bahan-bahan
120 g ikan patin
20 g halia (dimayang halus)
30 g cili padi (dikisar)
20 g bawang merah (dikisar)
50 g tempoyak
5 g gula
5 g garam
5 g asam keping


Cara
1.Kukus ikan patin bersama dengan halia sehingga masak.
2.Tumiskan cili padi dan tempoyak sehingga garing, masukkan asam keping dan tambahkan sedikit air.
3.Tambahkan gula dan garam secukup rasa dan masukkan ikan yang dikukus tadi.
4.Biarkan ia mendidih seketika sehingga kuah menjadi pekat.