Bahan-Bahan:
1 gantang beras pulut
4 biji kelapa atau 3 kg santan
½ kg kacang mentah 3 jantung jagung (jika mahu)
Daun palas secukupnya
Cara:
Basuh beras pulut bersih-bersih dan tuskan.
Perahkan kelapa dan ambil santan pekatnya.
Setelah itu, masukkan santan ke dalam periuk dan sedikit garam, kacau sampai mendidih.
Masukkan pulut dan kacau sehingga sebati dan menjadi setengah masak.
Angkat dan biarkan selama 15 minit sehingga sejuk.
Kemudian bolehlah dimasukkan ke dalam daun palas dan dianyam sehingga menjadi bentuk tiga segi.
Rebus ketupat daun palas yang sudah dianyam di dalam periuk yang telah diisi air pada paras separuh periuk dan rebus sehingga airnya kering.
Jika hendak memasukkan kacang atau jagung, hendaklah direbus terlebih dahulu bahan-bahan tersebut. Apabila pulut hampir setengah masak, masukkan kacang atau jagung tadi, kemudian kacau sampai sebati.
Bolehlah dihidangkan dan enak dimakan bersama rendang atau kari daging pekat.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment