Sunday, August 30, 2009

AGAR-AGAR SANTAN KELAPA sharmiza

Bahan-Bahan:
bahan-bahan layer pertama
4kg air panas
40gm agar-agar
atau
2 pkt agar -agar serbuk
1kg gula
40gm gula melaka
1 helai daun pandan
bahan-bahan layer kedua

1 kg santan kotak
Cara:
cara-cara
1.masukkan 4kg air panas tadi kedalam peruik untuk dididihkan selama 15 minit
2. kemudian masukkan 40gm agar-agar dan 1kg gula biarkan ia hancurkan gula dan agar -agar tadi.
3.selepas itu masukkan 40gm gula melaka
4.biarkan ia mendidih
5. akhir sekali tuang kedalam acuan atau gelas champage atau gelas yang cantik
6. ambil sedikit agar-agar layer pertama tadi beri didih semula, masukkan kedalam peruik kecil dan biarkan mendidih kemudian ambil 1kg santan dan biarkan mendidih dan tutup api dan biarkan sementara sebelum tuang diatas agar-agar yang sudah ada gula melaka(layer pertama) tadi selama 2minit.
7. akhir sekali tuangkan diatas dan biarkan sejuk .bila sudah sejuk boleh dihidangkan dengan berbagai bentuk hiasan .
Cadangan Hidangan:
ia sesuai untuk majlis kahwin dan hantaran kahwin dan juga untuk jamuan makan hari jadi
Tambahan:
sekiranya anda mahu tambah telur pun boleh dgn hanya 4 biji sahaja

No comments:

Post a Comment