Sunday, August 30, 2009

Ikan Jenahak Sweet n Sour

Bahan-Bahan:
Ikan Jenahak yang dibuang tulang - potong kiub.
1 biji cili bengala - hijau (dipotong dadu)
1 biji cili bengala - kuning (dipotong dadu)
tepung jagung
minyak masak
minyak bijan
lada sulah
maggi chicken granules
2 biji tomato
halia
bawang besar - 1 biji (dipotong dadu)
bawang putih - 3 ulas (dicincang)
halia - 3cm (dipotong halus)
sos tomato - setengah cawan
sos tiram - 1 sudu besar
sos cili - 1 sudu besar
cuka - 1 sudu besar
Cara:
1. Perapkan isi ikan dgn tepung jagung + lada sulah selama 5 minit.
2. Goreng dengan minyak yang banyak, dan angkat bila warna bertukar ke kuning keemasan.
3. Tumis bawang besar + bawang putih + halia.
4. Masukkan tomato, dan goreng sehingga tomato masak betul - berkuah.
5. masukkan cili benggala (hijau + kuning)
6. Tambahkan sedikit air utk melembutkan cili benggala tersebut.
7. Masukkan sos tiram + sos tomato + sos cili + cuka + maggi chicken granules + garam + gula secukup rasa.
8. Akhir sekali, masukkan ikan yang telah digoreng tadi, dan percikkan dengan minyak bijan dan padamkan api.
Cadangan Hidangan:
boleh ditambahkan dgn cendawan cina.
ikan lain seperti ikan merah, tenggiri juga boleh digunakan.
Tambahan:
Thumbs up! my husband cakap mcm rasa dari hotel. :)

No comments:

Post a Comment