Sunday, August 30, 2009

Nasi Tomato

Bahan-Bahan:
2 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah atau 1 labu bawang besar
½ cawan minyak sapi
2 kuntum bunga lawang
1 biji buah pelaga 2 ½ cawan air
2 kuntum bunga cengkih
2.5 sm kulit kayu manis
2 cawan beras
¾ cawan tomato sos
Cara:
Goreng bawang putih dan bawang merah dalam minyak sapi hingga kuning. Masukkan bunga cengkih, bunga lawang, kulit kayu manis dan buah pelaga. Apabila naik baunya masukkan beras dan gaul rata. Tuangkan air dan garam, biarkan hingga mendidih. Bila sudah kering, masukkan tomato sos. Angkat dan hiaskan dengan telur rebus, bawang goreng, bawang besar yang dihiris bulat dan daun bawang.

Kari Ikan Sardin Special

Bahan-Bahan:
1 tin besar sardin cap King Cup
7 sudu makan serbuk kari ikan
5 ulas bawang merah dimayang
5 ulas bawang putih dimayang
1 inci halia dimayang
sedikit serbuk cili
air 2 biji ubi kentang dipotong petak
minyak untuk menumis
sedikit garam
sedikit perasa
sedikit asam jawa
santan
daun kari
Cara:
1.Tumis bawang merah,bawang putih,halia dan daun kari hingga kekuningan.
2.Kemudian masukkan serbuk kari dan serbuk cili yang dibancuh dengan air.Masukkan sekali ubi kentang.Kacau dan biar hingga naik bau.
3.Masukkan ikan sardin,air asam jawa dan kacau lagi.
4.Setelah itu masukkan santan,garam dan sedikit perasa mengikut citarasa anda.
5.Biarkan kuah kari ini mendidih hingga ubi kentang itu empuk.Akhir sekali tutup api dan siap untuk dihidang.
Cadangan Hidangan:
Sedap dimakan bersama-sama nasi panas, berulamkan timun dan sambal belacan.
Selamat mencuba.
Tambahan:
Cuba la...sedaaapppp

Ikan Sardin Masak Lemak

Kiriman: Syarmilah Irani Mamat

Bahan-Bahan:
1 tin besar Ikan Sardin (Dlm Tin)
1 biji kelapa (ambil Santan)
3 biji telur
Garam
Ajinamoto 3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
Sedikit lada kering
(semua bawang merah + bawang putih + lada kering di mesin)
Cara:
1) Tumiskan bahan2 yang telah dimesin.
2) Masukkan Kuah ikan sardin.
3) Lepas itu masukkan ikan dan santan sampai naik minyak.
4) Masukkan garam dan ajinamoto.
Cadangan Hidangan:
Rebuskan telur dan goreng, masukkan ke dalam masakan tadi.

Sardin Sambal Sedap

Bahan-Bahan:
1 tin sarding (tin besar-cap Ayam@Botan)
10 tangkai cili kering (ditumbuk),
3 ulas bawang merah (ditumbuk),
2 ulas bawang putih (ditumbuk),
2 sm halia (ditumbuk),
1 sm kunyit hidup (ditumbuk),
2 ulas bawang merah(mayang halus),
1 ulas bawang putih(mayang halus),
2 biji bawang besar (potong bulat),
2 biji cili merah (belah 2),
1 biji tomato (potong bulat),
2 sudu besar kicap manis,
Sedikit soohoon (direndam hingga kembang),
1" kulit kayu manis(utk. mewangikan masakan, jika tak suka jgn. letakkan)
Air asam jawa secukupnya(1 cawan)
Garam secukup rasa,
Minyak masak untuk menumis.
Cara:
1.Gorengkan sarding terlebih dahulu anggaran 1 ~ 2 minit saja. Angkat dan ketepikan. Simpan sedikit sos sardin tadi.
2.Panaskan minyak dan tumis bawang merah&putih yang telah di mayang halus hingga kuning besama-sama kulit kayu manis,masukkan bahan-bahan yang telah ditumbuk halus dan goreng sehingga wangi.
3.Masukkan air asam jawa dan renih sehingga mendidih dan masukkan ikan sardin,kicap manis,tomato,bawang besar,sos sardin tadi, cili merah dan garam secukup rasa.Gaul sebati dan renihkan beberapa minit.
4. Akhir sekali masukkan soohoon yang telah direndam tadi, gaul sekali lalu dan angkat.

Sambal Sardin

Bahan-Bahan:
4 ulas bawang merah - tumbuk
3 ulas bawang putih - tumbuk
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tiram 1 tin besar ikan sardin
1 biji kentang - belah dua & hiris nipis
1 labu bawang besar - potong bulat
Garam
Cara:
Tumis bawang merah dan bawang putih hingga naik bau.

Masukkan sardin (berserta kuah tomatonya), sos cili, sos tiram, kentang.

Masak selama 5- 10 minit.

Masukkan bawang besar, garam. Masak lagi selama 5 minit.

Sedia untuk dihidang.
Tambahan:
Boleh dimakan dengan nasi putih atau roti/biskut.

Sambal Tumis Sardin

Bahan-Bahan:
Bahan A (tumbuk)
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
½ inci belacan
30 batang cili kering 1 tin besar ikan sardin
1 labu bawang besar - hiris sederhana tebal
1 cawan air asam jawa
garam
Cara:
Pijarkan minyak dan tumis bahan A hingga naik bau dan cili masak.

Masukkan sardin tin dan masak selama 5 minit.

Masukkan pula air asam jawa dan bawang besar, masak hingga bawang layu.

Masukkan garam secukup rasa.

Sedia untuk dihidang.
Cadangan Hidangan:
Boleh dimakan dengan nasi atau roti/biskut.

Nasi Ayam Mak Intan

Bahan-Bahan:
Bahan Nasi:
500g beras dibasuh - toskan
50g kulit ayam
5 biji bawang merah dikisar
5 biji bawang putih dikisar
1 ½ inci halia dikisar
3 ketul kiub pati ayam Maggi
3 sudu besar marjerin untuk menumis
sedikit garam
sedikit bahan perasa

Bahan Sup:
3 biji bawang merah dikisar
3 biji bawang putih dikisar
1 inci halia dikisar
sedikit lada hitam ditumbuk
1 bungkus sup punjut Adabi
Tulang ayam
2 sudu besar sos tiram
sedikit garam
sedikit bahan perasa
Daun sup dan daun bawang
Bawang goreng
Air
Bahan Perap Ayam:
1 ekor ayam
5 sudu besar kicap pekat
3 sudu besar kicap cair
6-8 biji cili padi dikisar
4 sudu besar madu
sedikit serbuk lada putih
4 subu besar sos tiram
sedikit garam

Bahan Sos:
sedikit minyak untuk menumis
3 biji bawang putih dikisar
8 tangkai cili kering dikisar
5 biji cili merah dikisar
5 sudu besar sos cili
5 sudu besar sos tomato
1 sudu besar gula
½ sudu kecil bahan perasa
Sedikit air
Cara:
1.Untuk memasak nasi, tumis semua bahan yang dikisar hingga kekuningan.Masukkan air,kiub pati ayam,kulit ayam,garam dan bahan perasa. Kacau hingga mendidih.Setelah air kering, tutup dan kecilkan api.
2.Untuk perapan ayam, potong ayam kepada 4 bahagian. Kemudian masukkan kicap pekat,kicap cair,cili padi dikisar, madu, serbuk lada putih, sos tiram dan garam. Kacau hingga sebati,perap ayam tadi selama 1 jam.Kemudian kukus ayam tadi.
3.Selepas ayam itu dikukus, bolehlah digoreng hingga masak kekuningan.
4.Untuk membuat sup pula,tumis bawang merah,bawang putih dan halia hingga kekuningan. Kemudian masukkan lada hitam, tulang ayam ,sup bunjut Adabi dan air.Setelah mendidih masukkan garam,bahan perasa dan sos tiram. Tabur daun sup dan daun bawang serta bawang goreng.
5.Untuk membuat sos, tumis bawang putih hingga garing, masukkan cili kering dan cili masak yang dikisar, sos cili,sos tomato,gula,bahan perasa dan air.Biar mendidih seketika.
Cadangan Hidangan:
Hidang nasi ayam bersama timun,tomato dan salad.